let's start a story about,bahasa utara,
hah,mai cek nk cerita kat hampa...
sebenaqnya kan,aku sendiri pun kadang2 xpaham apa yg org kedah nie cakap!!!
nama saja anak kedah sejati!(buat malu saja kan)hohoho :)
- Ghupin [ghu.pin] = kulit kering dari luka - "Ghupin hang hari tu dah lega dah noo.."
- Kecek [ke.chek] = pujuk - "Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang..."
- Selului [se.lu.lui] = kerap kali - "Selului sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu..."
- Ghayup [gha.yup] = lesap sekelip mata/ terlalu laju - "Ish, puak ni bawak mutu me ghayup nak mampuih.. kot!"
- Ghosek [gho.sek] = selongkar - "Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni.."
- Bulog [bu.log] = lapar sangat/tak ingin - "Tak ke bulog aku nak makan masakan dia tu.."
- Taboh [ta.boh] = pukul/ belasah - "Dengag kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam?"
- Ghunaih [ghu.naih] = cungkil/ kupil - "Woi Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa.."
- Geghek [ge.ghek] = basikal - "Setiap pagi Zainol kayuh gerek ke tempat gheja!"
- Sakan [sa.kan] = hebat/ tak sangka - "Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!"
- Sekeh [se.keh] = luku secara sipi - "Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?"
- Seneghih [se.ne.ghih] = selisih - "Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!"
- Cemuih = bosan - "Cik putih dah cemuih nak dengaq pak chaq dok perayat(mencurah rasa) dia hari-hari"
- Menyoqhok = sarapan pagi - "Pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak bekai aku tu sebab depa tak menyoqhok lagi"
- Menghenyeh = menggatal - "Tak habih-habih chaq dok menqhenyeh kat cik putih tu"
- Ndoi = buaian - "Isteri chaq selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun ndoi anak dia"
- Cheme = Free/Percuma - "Ada team yang mendapat mata cheme pada satu pertandingan kelmarin"
- Beghetoh = berlaga - "Keta pak man beghetoh ngan lori tanah Ah Chai"
- Pengkarq = jalan mengengkang sikit - "Korie tu, tak padan ngan kaki pengkarq, ada hati nak main bola 7 sebelah"
- Mandom = lembab/slow - "Awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?"
- Cunggit - Beredar atau terangkat - "Misai, mai dok tengah sikit, satgi cunggit, hang tu dahlah badan macam tong dram"
- Ayam piru = ayam belanda/turkey
- Ketorq = bekas isi bahan buangan yang selalunya diperbuat dari tin
- Heliaq = sapu atau lap - "Lepas makan jangan dok heliaq kat baju."
- Kelepiaq = meronta-ronta. - "jangan dok kelepiaq la."
- Baloq liat = malas - "heee tengok budak misai tu,dah la tidoq melingkaq,baloq liat lak tu."
- Ceghin = tegak - "ceghin bulu roma aku aih lalu kat depan ghumah ni"
- Kughuih Kelepiang = teramat kurus - "korie tu dah la kughuih kelepiang ,rambut pulak ceghin macam bulu landak.
- Melewaq = merayau/melilau
- Teqhebe = lastik - "kepala pengadil habih berdarah kerana di teghebe oleh peyokong kedah yg tak puas ati..."
- Megheben = mengarut
- Celuih = muat,padan
- Hinggut = goyang - "oleh kerana zickeys gayat kalau dok kat tempat tinggi.... maka dia pun hinggut pokok nyoq tersebut dengan harapan buah nyoq muda lughuh..."
- Bincut = binjul - "tu dia la... kan aku suruh tunduk, tak pasai-pasai kepala hang bincut dah teghantuk dengan alang tu"
- Beghemba = bersaing-saing. - "Kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang" mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan bekal nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah pada pagi kelmaghin... .
- Met Ngot = lembab selembab-lembabnya. - "Awat la yang met ngot sangat ni..... depa dah tak sabaq dah nak ambik gambaq tuu...."
- Toyu = kicap
- Segan = malu
- Mengoit = bergerak - "jangan dok mengoit.... satgi gambaq tak elok... kata ustad kat matbed..."
- Melugai = Loya
- Raba = pemadam
- Tui motor = race motor
- Gurmit = pengasah pensil, sharpenner
- Telepaih = tertinggal - "Atan telepaih bas nak balik aloq setaq..."
- Pot = Tin
- Teqhandaih = terhantuk...
- Seghoh = kurus
- Tirih = bocor
- Plantaq = tempat duduk kat belakang gerek (basikal)
- Aih ketoi = ais batu
- Ghelai = hancur
- Topui = gemuk
okei la nuhhh!setakat nie ja aku nk update(agak2 hmpa paham dak)
klau paham angkat tangan,juling mata nek ataih then cakap SAYA PAHAM
sori la nuhh(aku nie peqak cikt dgn bahasa kedah)
peace yo!!
selamat malam:P
No comments:
Post a Comment